Wednesday, January 12, 2011

Berita Terkini
Jelajah Metro 2011 di Lumut hujung minggu ini
KUALA LUMPUR: Harian Metro (HM) meneruskan usaha mendekati pembaca setianya melalui Jelajah Metro 2011 di lokasi pertamanya di Dataran Hadhari, Pantai Teluk Batik, Lumut, Perak pada Sabtu dan Ahad ini.
Pengarang Eksekutif Berita HM, Othman Mamat berkata, program yang mendapat kerjasama Majlis Perbandaran Manjung berkenaan diadakan sempena meraikan ulang tahun ke-20 akhbar nombor satu negara ini dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk persembahan artis terkenal tanah air.

“Orang ramai jangan melepaskan peluang menyertai pelbagai acara menarik seperti senaman Poco-Poco bermula jam 8.20 pagi diikuti sukaneka dan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak serta karaoke santai pada Ahad ini.

“Ia program istimewa yang diatur pihak kami bertujuan mendekatkan diri penduduk Perak terutama di daerah ini dengan warga kerja Harian Metro sekali gus mengeratkan silaturahim,” katanya. Beliau berkata, program berkenaan turut dimeriahkan dengan kemunculan 15 artis terkenal antaranya Ifa Raziah, Razali Hussain, Mohamad (Mentor), Farawahida, Farah Asyikin, Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Daus (AF8) dan Kamal Adli.

Othman berkata, program seperti itu memeriahkan hujung minggu penduduk di daerah berkenaan selain membantu menjana pendapatan khususnya bagi industri kecil dansederhana (IKS), penjaja kecil, pengusaha hotel dan rangkaian pasar raya sekitar Pantai Teluk Batik.

khusyuk bagi arahan




Pertandingan mewarna, kategori kanak-kanak



Sempat lagi ditemuramah...em tempat ni memang best dan mengeratkan silatulrahim



 


Mari Melukis

No comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger