Sunday, January 9, 2011



Sejarah Teluk Batik

Sejarah Teluk Batik dikatakan bermula kedatangan kaum Batak dari Kepulauan Sumatera di Indonesia. Ceritanya bermula apabila pada zaman dahulu lanun-lanun dan perompak menjadikan perairan Selat Melaka tempat mereka merompak dan merampas hasil dagangan dan kepunyaan pemilik orang-orang yang menggunakan laluan Selat Melaka tersebut.
 

Ini tidak terkecualilah kaum Batak ini. Mereka menjadikan Teluk Batik yang ada sekarang tempat perlindungan daripada ancaman lanun dan perompak tersebut. Dari situ bermulalah penempatan kaum Batak dan tempat tersebut telah dipanggil Teluk Batak.



Senja di Teluk Batik



Diberitahu oleh kebanyakan penduduk asal berhampiran (Kampung Teluk Muruk dan Kampung Padang Tembak) panggilan Teluk Batak kekal sehinggal awal 80an, selepas itu oleh kerana panggilan Teluk Batak tidak sedap didengar maka ianya telah ditukar dengan panggilan Teluk Batik. Panggilan nama Teluk Batik kekal sehingga sekarang. Anggaran keluasan Teluk Batik ialah berukuran lebih kurang 60 ekar persegi. Nama Teluk Batak ini telah ditukar kepada Teluk Batik secara rasminya pada 26 hb. April 1974.

Panduan ke Teluk Batik

 PETA
Jika perjalanan dari Kuala Lumpur, turun NKVE dan keluar di plaza tol Bidor. Dari kota Bidor, ikut signboard untuk Sitiawan atau Lumut. Sebelum tiba di bandar Lumut, ikut arah Teluk Batik dan anda akan lalu di hadapan pangkalan Tentera Laut. Belok ke kiri dan anda melihat lautan pantai  Teluk Batik yang terbentang luas dalam masa yang singkat. Perjalanan mengambil masa sekitar 3 jam.

4 comments:

  1. informasi yang bagus.baru sy tau sejarah tempt ni.. thanx 4 da information..:)

    ReplyDelete
  2. welcome nabilah.. luangkan masa pergi bercuti bersama keluarga di teluk batik. banyak tempat menarik yang perlu nabila kunjungi.

    ReplyDelete
  3. nk tny...information ni dapat dari mane ek??sbb nk buat kajian sikit pasal teluk batik ni..hehe

    ReplyDelete
  4. http://beritamurnivip99.blogspot.com/2017/11/kurang-tidur-bikin-lemot-bagaimana-biar.html
    http://beritamurnivip99.blogspot.com/2017/11/melly-goeslaw-mengagumi-ibu-pengabdi.html
    http://beritamurnivip99.blogspot.com/2017/11/rusia-gunakan-video-gim-untuk-buktikan.html
    http://beritamurnivip99.blogspot.com/2017/11/buka-dialog-din-syamsuddin-datangi.html
    Tunggu Apa Lagi Guyss..
    Let's Join With Us At Dominovip.com ^^
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami :
    - BBM : D8809B07 / 2B8EC0D2
    - Skype : Vip_Domino
    - WHATSAPP : +62813-2938-6562
    - LINE : DOMINO1945.COM
    - No Hp : +855-8173-4523

    ReplyDelete

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger