Wednesday, January 26, 2011

 Marina Cove Resort
Teluk Batik yang semakin di kenali diminati para pelancong dari dalam dan luar negara menjanjikan pantai dan pemandangan yang cantik, disamping terdapat pelbagai penginapan yang boleh disewa oleh pelancong. Terdiri dari Hotel  dan Resort, Rumah Rehat menawarkan pilihan bilik penginapan dari kategori apartment, khemah,'dorm', pangsapuri untuk kemudahan pelancong. Ada juga hotel yang menawarkan view yang berhadapan dengan pantai Teluk Batik ini dapat membangkitkan semanggat percutian mereka ke Teluk Batik.Pelancong yang inginkan kedamaian dan ketenangan boleh menjadikan Teluk Batik sebagai destinasi terbaik untuk melepaskan tekanan setelah penat berkerja.

Marina Cove Resort terletak 7km dari Lumut, lebih kurang 2.5jam memandu dari Kuala Lumpur.Menawarkan Wi-Fi percuma di seluruh resort dengan penginapan yang luas dan balkoni peribadi. Ia juga turut menawarkan taman tema air, kolam renang dan 5 pilihan tempat makan.
 Semua bilik berhawa dingin dan dilengakapi bilik mandi peribadi. Minibar, TV dan mesin pembuat teh/kopi disediakan. Hanya bilik-bilik tertentu dilengkapi dapur kecil dan tab mandi.
Lima buah gerai F&B di Marina Cove menghadap Pulau Pangkor ini menawarkan masakan Jepun dan barat serta tempatan. Gerai-gerai pakar dalam menyediakan makanan laut.
Tetamu boleh menikmati minuman di tepi laut di Beach Bar, yang menampilkan karaoke terbuka. Kemudahan lain termasuk pusat kegergasan dan taman permainan kanak-kanak. Resort ini juga menyediakan perkhidmatan sewa basikal. 

Peta Ke Marina Cove Resort

  •  Dari Penang, turun keluar simpang ke pantai remis-1jam
  • Dari KL, utara selatan Highway, menuju ke Bidor -1jam
  • Dari bandar Bidor, menuju ke persimpangan Setiawan, Lumut - 1jam 30minit
  • Ikut sngboard Teluk Muroh/ Teluk Batik,hanya 10 miniit untuk tiba di Marina Cove dari simpang traffic light
  • Anggaran perjalanan dari KL ke Marina Cove Resort 2 jam 30 minit
Pemandangan luar bangunan Marina Cove Resort

Come Along.. Let' Have Fun

Pelbagai aktiviti menarik yang boleh di lakukan oleh pengunjung (berakit)

Antara aktiviti yang dijalankan oleh pengunjung ( SPIDER TRAP)


Swimming Pool

Restoran




Marina Cove Resort
Jalan Teluk Batik, 32200 Lumut
Perak Darul Ridzuan
 No. Tel : 05-6836 666


1 comment:

  1. nice blog. any improvement from time 2 time.. so easy for me, make a booking with that hotel.. tq so much for helping..I would not hesitate to go many times to this place..

    ReplyDelete

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger