Sunday, March 20, 2011

Hutan Paya Bakau
Taman Paya Bakau terletak di antara jalan Ipoh – Lumut dan lebih kurang 10 minit perjalanan dari Bandar Lumut. Taman ini mula dibina pada bulan Mei 1994 dan telah dibuka kepada umum pada bulan Januari 1995. Pada tahun 2005, taman ini telah diselenggara dan ubahsuai. Hutan Paya Bakau menjadi salah satu tempat tarikan utama   pelancongan apabila berkunjung di Perak.

Mempunyai laluan sejauh 366 meter dan selebar 6 kaki yang merentasi hutan paya bakau. Di hujungnya didirikan 2 buah pondok untuk pengunjung beristirehat atau memancing. Di sepanjang laluan ini pengunjung dapat menghayati keindahan alam semulajadi hutan paya bakau dan melihat sendiri hidupan yang ada di paya bakau berkenaan. Antara pokok bakau yang ada di sini seperti spesis Api-api ludat dan Bakau kurap..


Kebanyakkan pokok di sini merupakan jenis Rhizophora. Ianya boleh membesar mencapai ketinggian 15-20 meter. Paya bakau berperanan sebagai penyokong kepada perairan yang luas,  menstabilkan pinggiran laut, mencegah hakisan dan juga perlindungan daripada ribut.Pada waktu pagi terdapat kristal garam di permukaan daun, adalah untuk membuang garam berlebihan, macam manusia kan. Kira itu peluh dia lah..


Di sini terdapat pelbagai spesis haiwan yang menjadikan Taman Paya Bakau sebagai habitat mereka. Haiwan yang mudah di jumpai di Taman Paya Bakau adalah spesis burung kingfisher.Kingfisher atau nama melayu Burung Raja Udang, makanan kegemaran dia ikan.
Hutan ini juga turut di serikan dengan kehadiran haiwan yang agak nakal dan over peramah.

Nama scientific: Long-tailed Macaques Monkey




 PERINGATAN !!!!! haiwan ini sangat peka dengan bunyi plastik,
apa yang mereka tahu, plastik adalah tempat letak makanan.
so time itu kalau anda keluarkan plastik, besar kemungkinan monyet ini akan pergi dekat anda ,dia akan rampas plastik yang anda pegang..'' Lapar-lapar''
Haaaa.. jangan terkejut..Haiwan ni nakal sikit 


Aktiviti mereka: Bergurau senda di Taman










4 comments:

  1. ha memng degil pon.. dlu besg sy penh kene selongkar ngn monyet2 ni ,... dah la degil n nakal.. samapi skng ade lagi kesan gigitan kat beg sy

    ReplyDelete
  2. ohhh.. this thing btol2 ade ker? cam xpnah g agy kann...

    ReplyDelete
  3. memang ada liyana..kalau u dari slngor, bila jumpa simpang 4 trafiklight.. ikut belah kiri, terus ke pantai teluk batik, kalau u Conner kanan akan jumpa hutan paya bakau.. .. senang je signboard banyak dekat area situ..

    ReplyDelete
  4. byk nyer monyet...huhu,,,burung 2 lawa n unik..

    ReplyDelete

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger