Monday, January 31, 2011

Kemudahan yang disediakan
 Antara kemudahan yang disediakan di sini meliputi bangku dan pelampung untuk disewa, tandas awam, tempat persalinan, wakaf untuk beristirahat dan deretan gerai yang menjual makanan dan koleksi barangan cenderamata yang comel dan murah. Tempat meletak kenderaan juga disediakan untuk pengunjung dan tiada bayaran yang dikenakan.

Pelampung untuk disewa terdiri dari pelbagai saiz dan harga, makin besar pelampung makin tinggi  harga yang dikenakan..

Dataran Hadhari

'Information Board'

Kerusi rehat (RM2.00) sewa
Tempat letak kereta yang luas untuk kemudahan pengunjung.


Kedai cenderamata




Wednesday, January 26, 2011

Aktiviti Menarik di Pantai Teluk Batik

Jika berkunjung ke Lumut, jangan lupa untuk singgah ke Pantai Teluk Batik, antara destinasi pelancongan popular di Perak. Persisiran pantainya yang landai sesuai untuk pelbagai aktiviti sama ada hanya duduk bersantai, mandi atau berkelah bersama rakan atau ahli keluarga. 
Pasang Khemah sambil menikmaati keindahan pantai semulajadi
Terlanjur sampai di Teluk Batik, apa lagi jom shopping di kedai ole-oleh Replika Siput

Persisiran pasir yang luas.. mudah untuk anda melakukan aktiviti bersama teman, seperti bermain bola tampar


Jangan lepaskan peluang untuk menaikki boat yang akan bawa anda pusing sekitar kawasan Teluk Batik  dan Marina Cove Resort, bayaran yang dikenakan sebanyak RM5.00 setiap seorang.

Pengunjung juga boleh meraiki 'Family Day' di Pantai Teluk Batik, kerana kawasannya yang luas dan selesa untuk melakukan aktiviti permainan tradisional seperti bowling kelapa, lari dalam guni. Aktiviti seperti ini juga dapat mengeratkan hubungan sesama keluarga.

Bina istana pasir

Tapak luas, dan selesa bagi pengunjung yang mendirikan khemah
dapat SAVE BUDGET.. everything free.Pohon ru yang banyak tumbuh di kawasan pantai juga memudahkan mereka yang ingin berkelah dan menikmati juadah makan tengah hari bersama ahli keluarga.

Selepas seharian berendam air laut, pengunjung boleh meluangkan masa untuk meninjau gerai cenderamata atau membeli produk makanan laut seperti sate ikan, sotong dan ikan bilis rangup.

Selain produk makanan laut yang dijual dengan harga amat berpatutan, pakaian, kemeja-T dan bunga karang adalah antara cenderahati popular yang mendapat permintaan tinggi daripada pengunjung. 

video
Selain itu, aktiviti kayak sesuai bagi mereka yang inginkan cabaran ketika di atas air, dan dapat menguji tahap kebaranian seseorang.

 






 Marina Cove Resort
Teluk Batik yang semakin di kenali diminati para pelancong dari dalam dan luar negara menjanjikan pantai dan pemandangan yang cantik, disamping terdapat pelbagai penginapan yang boleh disewa oleh pelancong. Terdiri dari Hotel  dan Resort, Rumah Rehat menawarkan pilihan bilik penginapan dari kategori apartment, khemah,'dorm', pangsapuri untuk kemudahan pelancong. Ada juga hotel yang menawarkan view yang berhadapan dengan pantai Teluk Batik ini dapat membangkitkan semanggat percutian mereka ke Teluk Batik.Pelancong yang inginkan kedamaian dan ketenangan boleh menjadikan Teluk Batik sebagai destinasi terbaik untuk melepaskan tekanan setelah penat berkerja.

Marina Cove Resort terletak 7km dari Lumut, lebih kurang 2.5jam memandu dari Kuala Lumpur.Menawarkan Wi-Fi percuma di seluruh resort dengan penginapan yang luas dan balkoni peribadi. Ia juga turut menawarkan taman tema air, kolam renang dan 5 pilihan tempat makan.
 Semua bilik berhawa dingin dan dilengakapi bilik mandi peribadi. Minibar, TV dan mesin pembuat teh/kopi disediakan. Hanya bilik-bilik tertentu dilengkapi dapur kecil dan tab mandi.
Lima buah gerai F&B di Marina Cove menghadap Pulau Pangkor ini menawarkan masakan Jepun dan barat serta tempatan. Gerai-gerai pakar dalam menyediakan makanan laut.
Tetamu boleh menikmati minuman di tepi laut di Beach Bar, yang menampilkan karaoke terbuka. Kemudahan lain termasuk pusat kegergasan dan taman permainan kanak-kanak. Resort ini juga menyediakan perkhidmatan sewa basikal. 

Peta Ke Marina Cove Resort

  •  Dari Penang, turun keluar simpang ke pantai remis-1jam
  • Dari KL, utara selatan Highway, menuju ke Bidor -1jam
  • Dari bandar Bidor, menuju ke persimpangan Setiawan, Lumut - 1jam 30minit
  • Ikut sngboard Teluk Muroh/ Teluk Batik,hanya 10 miniit untuk tiba di Marina Cove dari simpang traffic light
  • Anggaran perjalanan dari KL ke Marina Cove Resort 2 jam 30 minit
Pemandangan luar bangunan Marina Cove Resort

Come Along.. Let' Have Fun

Pelbagai aktiviti menarik yang boleh di lakukan oleh pengunjung (berakit)

Antara aktiviti yang dijalankan oleh pengunjung ( SPIDER TRAP)


Swimming Pool

Restoran




Marina Cove Resort
Jalan Teluk Batik, 32200 Lumut
Perak Darul Ridzuan
 No. Tel : 05-6836 666


Friday, January 14, 2011

Bisnes ONLINE 100% FREE

Masih tercari-cari bisnes online di internet? Tapi mahu yang PERCUMA?? Hurmm.. Tak nak ada modal ye.. Apa kata kalau ianya boleh MENJADI KENYATAAN!!! Anda boleh buat duit tanpa sebarang modal di internet.!!!! Nak tahu bagaimana??? Caranya dengan klik link ini atau copy dan paste di browser anda!! Cukup mudah!! Hanya sign up dan dapat $25.00 sebagai ganjaran! ''
''. Dapat dlm matawang USD. Ramai orang yg dpt $500.00 dalam masa 2 hari (akan meningkat lagi). Kalau seminggu? Sebulan? Setahun?? BANYAK..!! Setiap hari anda akan dapat $20.00 atau lebih secara PERCUMA.!! Takyah takut di tipu atau was-was. Sebab ianya adalah PERCUMA..!!!!!!! Ingat, klik link ni atau copy dan paste di browser anda!!! ''
''. Ianya PENTING.!!! Jika tidak, anda tidak boleh mendapatkan ganjaran yang begitu BESAR...!!!! SYOK HABIS!!!!!!! >.<


Wednesday, January 12, 2011

Berita Terkini
Jelajah Metro 2011 di Lumut hujung minggu ini
KUALA LUMPUR: Harian Metro (HM) meneruskan usaha mendekati pembaca setianya melalui Jelajah Metro 2011 di lokasi pertamanya di Dataran Hadhari, Pantai Teluk Batik, Lumut, Perak pada Sabtu dan Ahad ini.
Pengarang Eksekutif Berita HM, Othman Mamat berkata, program yang mendapat kerjasama Majlis Perbandaran Manjung berkenaan diadakan sempena meraikan ulang tahun ke-20 akhbar nombor satu negara ini dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk persembahan artis terkenal tanah air.

“Orang ramai jangan melepaskan peluang menyertai pelbagai acara menarik seperti senaman Poco-Poco bermula jam 8.20 pagi diikuti sukaneka dan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak serta karaoke santai pada Ahad ini.

“Ia program istimewa yang diatur pihak kami bertujuan mendekatkan diri penduduk Perak terutama di daerah ini dengan warga kerja Harian Metro sekali gus mengeratkan silaturahim,” katanya. Beliau berkata, program berkenaan turut dimeriahkan dengan kemunculan 15 artis terkenal antaranya Ifa Raziah, Razali Hussain, Mohamad (Mentor), Farawahida, Farah Asyikin, Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Daus (AF8) dan Kamal Adli.

Othman berkata, program seperti itu memeriahkan hujung minggu penduduk di daerah berkenaan selain membantu menjana pendapatan khususnya bagi industri kecil dansederhana (IKS), penjaja kecil, pengusaha hotel dan rangkaian pasar raya sekitar Pantai Teluk Batik.

khusyuk bagi arahan




Pertandingan mewarna, kategori kanak-kanak



Sempat lagi ditemuramah...em tempat ni memang best dan mengeratkan silatulrahim



 


Mari Melukis

Sunday, January 9, 2011



Sejarah Teluk Batik

Sejarah Teluk Batik dikatakan bermula kedatangan kaum Batak dari Kepulauan Sumatera di Indonesia. Ceritanya bermula apabila pada zaman dahulu lanun-lanun dan perompak menjadikan perairan Selat Melaka tempat mereka merompak dan merampas hasil dagangan dan kepunyaan pemilik orang-orang yang menggunakan laluan Selat Melaka tersebut.
 

Ini tidak terkecualilah kaum Batak ini. Mereka menjadikan Teluk Batik yang ada sekarang tempat perlindungan daripada ancaman lanun dan perompak tersebut. Dari situ bermulalah penempatan kaum Batak dan tempat tersebut telah dipanggil Teluk Batak.



Senja di Teluk Batik



Diberitahu oleh kebanyakan penduduk asal berhampiran (Kampung Teluk Muruk dan Kampung Padang Tembak) panggilan Teluk Batak kekal sehinggal awal 80an, selepas itu oleh kerana panggilan Teluk Batak tidak sedap didengar maka ianya telah ditukar dengan panggilan Teluk Batik. Panggilan nama Teluk Batik kekal sehingga sekarang. Anggaran keluasan Teluk Batik ialah berukuran lebih kurang 60 ekar persegi. Nama Teluk Batak ini telah ditukar kepada Teluk Batik secara rasminya pada 26 hb. April 1974.

Panduan ke Teluk Batik

 PETA
Jika perjalanan dari Kuala Lumpur, turun NKVE dan keluar di plaza tol Bidor. Dari kota Bidor, ikut signboard untuk Sitiawan atau Lumut. Sebelum tiba di bandar Lumut, ikut arah Teluk Batik dan anda akan lalu di hadapan pangkalan Tentera Laut. Belok ke kiri dan anda melihat lautan pantai  Teluk Batik yang terbentang luas dalam masa yang singkat. Perjalanan mengambil masa sekitar 3 jam.

Friday, January 7, 2011

Tempat-tempat Menarik

 Suasana senja apabila matahari mula menghilangkan  diri di Pantai Teluk Batik...


            Gerai cenderahati yang terdapat di tepi Pantai Teluk Batik



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger