Saturday, March 26, 2011

Snorkeling Park


Suatu yang unik di Teluk Batik ialah aktiviti snorkeling di dalam sebuah taman tema yang terletak di pinggir kawasan Teluk Batik. Ia merupakan Snorkeling Park yang pertama di Malaysia untuk para penyelam yang ingin melihat keindahan hidupan laut di darat dengan melihat, rasa dan sentuh. Dibuka setiap hari 9.00 am-6.00 pm, turut disediakan pakej  untuk keluarga, syarikat, universiti atau kolej, sekolah.  
Snorkeling Park juga di kenali sebagai eco- friendly kerana aktivitinya yang sesuai untuk pelbagai usia dan juga bagi mereka yang tidak tahu berenang. Dibina di atas tanah lapang, saiz kolam 110 meter panjang, 38 meter lebar dan kedalaman dari 2 meter hingga 4 meter. Kolam tersebut juga diisi dengan air garam serta pelbagai spesis  ikan yang jinak dan peramah.
Objektif penubuhan Marine Park adalah untuk melindungi dan pemulihankan hidupan dasar laut yang semakin pupus akibat kerakusan manusia. Ini juga merupakan tempat pendidikan awal kepada orang awam dan kanak-kanak untuk mengenali organisma hidupan laut  dimana tempat tinggal, asal usul ia datang melalui proses tranformasi hingga apa yang kita  dapat lihat sekarang.




'Main entrance' 



hanya 5minit perjalanan dari Muzium Siput dan Pantai Teluk Batik dengan berjalan kaki

Replika kura-kura di pintu masuk masuk Snorkeling Park menjadi daya tarikan buat pengunjung yang datang..

Bayaran yang dikenakan kepada pengunjung yang ingin melakukan aktiviti di 'First Island  Snorkeling Park'.

Kemudahan seperti pondok rehat.

Snorkelig Park juga turut menyediakan kemudahan buat pengunjung untuk pelbagai peringkat usia. Sangat sesuai bagi mereka yang ingin menenangkan fikiran dengan adanya hidupan akuatik dari spesis yang berlainan serta tidak memerlukan anda naik boat untuk melihat batu karang di tengah laut..

Toilet serta bilik persalinan pakaian

Suasana yang cantik dengan air terjun buatan, replika ikan duyung dan sotong raksasa pasti menarik minat pelancong terutamanya golongan kanak-kanak.


Patung replika kuda laut menghiasi dinding kolam menjadi tarikan kepada mereka yang hadir.

Add caption


Meja Rehat



Turut disediakan Life Jaket untuk pengunjung

Gogal

makan di atas meja terapung, rasai pengalaman seperti ini Di First Inland Snorkeling Park



Langkah kanan bagi si kaki pancing, di sini pengunjung juga boleh memancing di tasik buatan.

Antara aktiviti yang sedang dilakukan oleh pengunjung


Pengunjung tidak perlu risau akan keselamatan mereka kerana jaket keselamatan dan gogal ada disediakan. Di samping itu, terdapat pengawal yang akan memantau setiap kali aktiviti snorkeling dilakukan.


  Perkhidmatan bot menyusuri kawasan taman tema juga perlu dicuba oleh pengunjung yang datang ke Teluk Batik Snorkeling Park ini.

 
 Ikan-ikan yang berenang bebas dalam kolam di Marine Park

2 comments:

  1. SERVIS SNORKELLING TERUK DAN AIR KOTOK, TAK ADA IKAN PUN

    ReplyDelete
  2. management snorkeling park under sape ek??

    ReplyDelete

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger