Wednesday, January 26, 2011

Aktiviti Menarik di Pantai Teluk Batik

Jika berkunjung ke Lumut, jangan lupa untuk singgah ke Pantai Teluk Batik, antara destinasi pelancongan popular di Perak. Persisiran pantainya yang landai sesuai untuk pelbagai aktiviti sama ada hanya duduk bersantai, mandi atau berkelah bersama rakan atau ahli keluarga. 
Pasang Khemah sambil menikmaati keindahan pantai semulajadi
Terlanjur sampai di Teluk Batik, apa lagi jom shopping di kedai ole-oleh Replika Siput

Persisiran pasir yang luas.. mudah untuk anda melakukan aktiviti bersama teman, seperti bermain bola tampar


Jangan lepaskan peluang untuk menaikki boat yang akan bawa anda pusing sekitar kawasan Teluk Batik  dan Marina Cove Resort, bayaran yang dikenakan sebanyak RM5.00 setiap seorang.

Pengunjung juga boleh meraiki 'Family Day' di Pantai Teluk Batik, kerana kawasannya yang luas dan selesa untuk melakukan aktiviti permainan tradisional seperti bowling kelapa, lari dalam guni. Aktiviti seperti ini juga dapat mengeratkan hubungan sesama keluarga.

Bina istana pasir

Tapak luas, dan selesa bagi pengunjung yang mendirikan khemah
dapat SAVE BUDGET.. everything free.Pohon ru yang banyak tumbuh di kawasan pantai juga memudahkan mereka yang ingin berkelah dan menikmati juadah makan tengah hari bersama ahli keluarga.

Selepas seharian berendam air laut, pengunjung boleh meluangkan masa untuk meninjau gerai cenderamata atau membeli produk makanan laut seperti sate ikan, sotong dan ikan bilis rangup.

Selain produk makanan laut yang dijual dengan harga amat berpatutan, pakaian, kemeja-T dan bunga karang adalah antara cenderahati popular yang mendapat permintaan tinggi daripada pengunjung. 

video
Selain itu, aktiviti kayak sesuai bagi mereka yang inginkan cabaran ketika di atas air, dan dapat menguji tahap kebaranian seseorang.

 






5 comments:

  1. Teluk Batik.. among the best places for swimming and enjoying the beautiful scenery especially during the sunset.. as the accommodation and public facilities were sufficient and upgraded from time to time by the local authorities, it will be one of the famous place for visitors and tourist attraction either from the domestic or international.

    ReplyDelete
  2. saye setuju..teluk batik memang satu tempat yang amat sesuai untuk menikmati keindahan pantai yang nyaman dan indah

    ReplyDelete
  3. bukan saje dapat lihat keindahan pantai.. malah kemudahan yang disediakan amat bagus, dan memudahkan para pengujung yang datang.

    ReplyDelete
  4. sangat seronok dapat bermandi manda di teluk batik..rugi pada sape2 yang xsampai sne lgi..

    ReplyDelete
  5. yeah that right my sweet. pasir dekat sana xmacm kat tempat lain.. lebih halus dan bersih..kerana ada setngah tmept pasirnya terdapt kulit kerang tau lumpur..

    ReplyDelete

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger